:
INFO CAWANGAN TANJUNG BAYAN


NAMA MAAHAD

MTQ ADDIN VOKASIONAL 20 TANJUNG BAYAN

TARIKH PENUBUHAN MAAHAD

1/1/2018

NAMA PEWAKAF TANAH / BANGUNAN

KELUARGA HJ ADNAN

SEJARAH WAKAF TANAH

Bangunan MTQ ADDIN Vokasional 20 Tanjung Bayan adalah bermula dari
tapak sekolah agama rakyat yang telah pun dikosongkan beberapa tahun. Pada tahun 2017 telah berlangsungnya mesyuarat kali yang pertama di antara pihak Yayasan Addin bersama ahli jawatankuasa setempat bagi mewujudkan sebuah maahad tahfiz di tapak sekolah agama rakyat ini. Hasil dari mesyuarat tersebut pihak yayasan dan pihak ahli jawatankuasa setempat mencapai kata sepakat dan bersetuju bersama membangunkan sebuah maahad tahfiz yang berorentasikan
kemahiran atau di kenali sebagai tahfiz vokasional.

Berkat sumbangan masyarakat dan penduduk setempat, pada 1 Januari
2018 secara rasminya MTQ ADDIN Vokasional 20 Tanjung Bayan beroprasi dengan jumlah murid seramai 30 orang dan 2 orang guru. Pada ketika itu hanya bangunan asrama sahaja yang boleh digunakan dan dijadikan sebagai asrama, kelas dan tempat solat bagi pelajar dan guru.

Pihak MTQAV 20 Tanjung Bayan juga mengorak langkah dengan
mengadakan hubung kerjasama (MOU) bersama pihak Kolej Komuniti Bagan Datuk dan pihak GIATMARA Bagan Datuk.

Jumlah pelajar pelajar dan alumni yang telah didaftarkan dari tahun
2018 sehingga Julai 2023, adalah seramai 63 orang dari 152 permohonan.
Kapasiti bagi asrama setiap tahun adalah seramai 30 orang pelajar sahaja. Oleh sebab itu, jumlah pelajar yang didaftarkan tidak seramai jumlah pelajar yang membuat permohonan.

ALAMAT PENUH MAAHAD

PARIT 23 LUAR, TANJUNG BAYAN, 36400 HUTAN MELINTANG, BAGAN DATUK PERAK DARUL RIDZUAN

TARIKH BERDAFTAR DENGAN JAIPk

1/19/2023

NOMBOR PENDAFTARAN DI BAWAH JAIPk

JAIPK/TAHFIZ/TI.122/23

BILANGAN PELAJAR

18 ORANG

PEJABAT PENTADBIRAN DAN BILANGAN KAKITANGAN

1 BILIK PENGETUA, 1BILIK GURU

AKTIVITI PELAJAR

CSR, SUMUR, LAWATAN ILMIAH, SUKAN, e-SPORT

AKTIVITI SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN - JADUAL KELAS

PROGRAM MAAHAD ( HARIAN )
i.  Hafazan Al-Quran
ii. Tahriri Al-Quran
iii. Kelas subjek akademik
iv. SPM (Calon Persendirian)

 PROGRAM VOKASIONAL

i. Program di GIATMARA Bagan Datuk (Harian)
a. Teknologi kimpalan ( SKM Tahap 3 )
b. Automotif kereta  ( SKM Tahap 2 )
c. Ketuk & cat Kenderaan  ( SKM Tahap 2)

ii. Program di Kolej Komuniti Bagan Datuk (Mingguan)
a. Teknologi Komputer & rangkaian ( Sijil Module )
b. Baik pulih motorsikal berkuasa tingg ( Sijil Module )

BILANGAN BILIK DARJAH DAN  KAPASITI BILIK DARJAH

2 = 30 orang setiap satu

BILANGAN BILIK ASRAMA DAN  KAPASITI ASRAMA

1 = 29 ORANG PELAJAR

NO TELEFON PEJABAT

0134214998

NO TELEFON PENGETUA

0134214998

EMEL SEKOLAH

mtqadv20@gmail.com

NO AKAUN SUMBANGAN MAAHAD

MTQ ADDIN 20 BAGAN DATOH

11-0012-1987 ( BANK RAKYAT )

SENARAI PENGETUA BERKHIDMAT MENGIKUT TAHUN

MUHAMMAD AMAR BIN MOHAMAD FATLILAH | 2018 - kini